Friday, December 31, 2010

first time

First time update blog guna hp.. Whoaaaa.. Jakun!

Monday, December 6, 2010

Aku Bukan Rabiatul: A Reader's Response

Setelah menonton drama "Aku Bukan Rabiatul" (ABR) kat astro Ria, aku terasa drama ni sangat baik dan membawa maksud yang sgt mendalam. so aku nak share dgn korang, tentang intepretasi aku pasal citer ni.

isu-isu dalam ABR:
ada satu kisah yang dipetik daripada Al-Quran tentang seorang pelacur yang dianugerahkan syurga kerana memberi anjing yang kehausan minum. ABR merupakan satu Alussion daripada kisah ni. Watak Mummy yang dilakonkan oleh Wan Mimunah, dilihat sebagai seorang mak ayam yang membantu dan memberi perlindungan kepada pelacur-pelacur jagaan nya. terdapat seorg pelacur yg ingin bertaubat dan nekad untuk memperbaiki diri namun, datang kembali kepada mummy kerana dirinya tidak diterima masyarakat; dihalau daripada rumah sewa dan sebagainya.
watak mummy dilihat sebagai pelacur dlm kisah yg tersebut dlm Al-Quran yang memberi perlindungan kepada pelacur2 (anjing jagaan nya). tapi ditegaskan di sini, bukan lah bermaksud bahwa org seperti mummy itu dijanjikan syurga, apa yg mesti ditegaskan di sini ialah, kita tidak layak melabelkan sesiapa shj utk masuk syurga atau neraka.

isu yang seterusnya dlm drama ini adalah isu di mana, seorg lelaki gila yg sentiasa memeluk Al-Quran sambil cuba berdakwah kepada mereka yg waras. watak itu sentiasa mengungkap kan ayat "aku gila, aku mmg masuk syurga!". watak2 lain dlm drama tersebut juga turut memanggilnya "orang gila" malah mengherdik dan menghalau.
ini menunjukkan bahawa, org2 alim, ilmuan agama yang sentiasa menegakkan Islam sentiasa dianggap gila dan tidak mengikut arus perubahan masa. dalam kata lain, mereka dikategorikan sebagai kuno. isu ini merupakan isu yang berat kerana melibatkan pertembungan antara zaman dan agama. walhal apa yg lebih menarik daripada drama ini ialah, ia menunjukkan bahawa agama Islam itu universal kerana di dalam kisah pelacur memberi minum anjing itu, diadaptasi dalam versi moden. ini menunjukkan bahawa, tiada perubahan yang berlaku dpd plot tetapi yg membezakannya adalah watak dan latar masa.

isu lain yang berkaitan dengan agama Islam juga ditonjolkan di sini. isu di mana mummy menyimpan senaskhah Al-Quran di rumah nya dan mengaku bahwa sudah lama tidak membuka dan membacanya. ini merupakan satu lag isu berat yang patut menjadi pedoman kepada penonton. ini menunjukkan bahawa, rata2 org Islam ada menyimpan Al-Quran di rumah, hanya sekadar sebgai "aku org Islam" tanpa sebenarnya pernah membaca, mendalami dan sekaligus mendekatkan diri kepada Allah.

isu yang aku rasa terakhir dikupas (pasni aku ckp pasal watak n latar pulak) dalam ABR ni ialah isu prejudis. di akhir drama, berlaku sedikit twist di mana, seorg guru agama suatu ketika dahulu merupakan org yg pernah menjual isteri di medan pelacuran. apa yg nak aku ckp kat sini, rata2 manusia, aku pun, selalunya akan percaya dgn first appearance. tanpa pernah selidik latar belakang. tengok pelacur je trus je kita label, oh mereka jahat. nmpak org yg muka baik je, terus label, baiknya org ni. dalam ABR, dah cuba membuktikan bahawa ianya salah.

Watak
aku taknak citer semua watak, aku cuma akan citer watak2 yang signifikan je. yang palin signifikan ialah watak mummy. walaupun dia seorg ibu ayam, tetapi dia seorang yg sayangkan kucing. ini menunjukkan bahawa mummy juga masih ada sekelumit kesedaran dalam diri dia tentang kasih sayang antara makhluk. aku nak tya baper ramai yg kalau nmpk kucing kurap tepi jalan, kutip n hantar ke klinik vet? aku rasa, kalau aku pun tak buat. hehehe. tapi mummy ni buat. dan perlu ditegaskan kat sini, yang Baginda Rasulullah pun sayangkan kucing. ingat apa yg Baginda ucapkan menjadi Hadith, dan apa yang Baginda lakukan menjadi Sunnah (tolong betulkan aku kalau aku silap). jadi sebenarnya, mummy kat sini menunjukkan bahawa dia menjalankan Sunnah Rasulullah berkenaan kucing (pahala/dosa tu bukan urusan kita). dan satu lagi yg ditunjukkan oleh mummy ialah, dia sanggup berdepan maut utk menjaga pelacur2 bawahan dia. ramai lagi ke org kat dunia ni sanggup berdepan maut utk org jagaan n yg mereka sayang? institusi kekeluargaan disindir di sini. pelacur2 yg hdup ibarat keluarga sanggup berhadapan maut tetapi berapa ramai je org yg sanggup buat mcm tu? nilai laa sendiri. aku tak nak buat judgment.

watak yg seterusnya, watak Dr. Farhanah. seorang Dr haiwan. farhanah ni, kalau dilihat mmg seperti gadis2 yang baik. sgt penyayang. tapi pernah ucapkan pada ibunya (bekas pelacur) yang dia akan malu kalau jadi anak pelacur (aku tak igt dialog dia, tp lebeh kurang laaa). ini menunjukkan bahawa org yang berpendidikan tinggi, tetapi tidak berpijak pada bumi yg nyata. walaupun ilmu nya tinggi, tapi gagal berfikiran sebagai seorg yg berilmu. wajarkah anak itu dipersalahkan?

watak seterusnya yg signifikan dalam ABR ialah watak pelanggan. rata2 pelanggan meminta diskaun dpd pelacur. ini menunjukkan, hidup manusia bertuankan nafsu. duit pun tak dapt nak beli kepuasan. siap kena mintak diskaun. malah ada yg menipu, yg dijanji lain, yg dibayar lain. demi nafsu. apa sahaja sanggup buat.

latar masa dan tempat
latar masa menunjukkan bahawa setiap masa, siang atau malam, ada aje pelanggan nak pelacur. apa yg hendak disampaikan di sini, sepertimana aku ckp kat atas, hidup bertuankan nafsu. tak kira masa. bila nafsu dah memuncak, bedal ajer la. latar masa juga menunjukkan pada zaman moden. rentetan dari ni juga, menunjukkan Bandaraya KL sebgai latar tempat. dalam dunia yg serba moden ini, masih ada lagi industri pelacuran. malah masih hebat! ada sesiapa hiraukan? takde. sebab zaman dah moden, org sibuk dgn hal sendiri. lantaklah org lain. so, terjadilah kisah2 macam ni.

latar tempat yg signifikan lagi ialah rumah mummy. dalam rumah mummy, ada gambar kaabah sebgai hiasan dinding. apa maksud kat ctu? itu maksudnya, zaman skarang ni, ramai org2 yang suka tunjuk2 kat org tentang konon kewarakan diorg. tapi realitinya? sekadar hiasan. ada sesetengah rumah yg menggantung ayat2 suci di dinding, tapi amalan? tak semua laaa... tapi ini yg berlaku... realiti.



fuh tu jer laaa aku nak tulis.. kalau ikut banyak lagi nak cakap. tapi malas nak taip... hahahahha... kang jadi macam assignment aku masa buat degree plak. huhuhu... so byk lagi nak dikupas, tapi kemalasan menguasai diri. ape2 pun, ini semua pendapat aku sendiri, tak rujuk mana. yerla nama nya pun reader response. mana ada guna pendapat org lain. kalau ada salah tegur la yer. leh bincang2 lagi.. ok. tata

Friday, December 3, 2010

A story...

"jom jumpa?" sms daripada Hafiz.
"seganlah... ada apa nak cakap? ckp kat cni jelah" balas Muaz.
"jom laa... x best ckp kat cni. maksud sebenar x smpai" Hafiz.
"ok, bila? katne?" balas Muaz ringkas.
"mlm ni, kat mcd tampoi, kol 830 eh? boleh? sy pakai baju belang hitam" Hafiz.
"ok, jmp nnt" Muaz.

..........
orang keluar masuk di McDonalds Tampoi. Hati Muaz berdebar hendak berjumpa dengan Hafiz. Blind date yang pertama. Muaz memang sudah yakin dan pasti tentang seksualitinya. Ya, dia seorang homoseksual.
"mana laa Hafiz ni" getus hati Muaz.

...45 minit berlalu...

"ko yg pakai baju kelabu tu ke?" tiba-tiba sms daripada Hafiz membantut lamunan Muaz.
"ye wak, awk kat mana? saya dah lama tunggu.." balas Muaz.
"ko tunggu ctu kejap, aku dtg" Hafiz.

..........
"ko lelaki? kenapa kau tak cakap ko ni lelaki? Dah lah gemuk, hitam pulak tu. Eee... ada hati! Jijiklah aku tengok orang macam kau ni! Ko ni mesti busuk kan?! Dah lah aku loya lah tengok kau! Jangan contact aku lagi!" tengking Hafiz kepada Muaz di dalam McDonalds.

Ada pengunjung yang berbisik-bisik sambil tersenyum sinis melihat Muaz terkulat-kulat mengemas laptopnya sambil air mata berjujuran.

"bukan kah Hafiz tau aku lelaki? dia mengaku yang dia suka lelaki... kenapa tiba-tiba dia berubah?" gumam Muaz.

Sedang Muaz berjalan, terdengar suara yang berkata, "budak gemuk tu gay!" di sambut dengan hilai tawa teman-teman semeja. Muaz menebalkan muka keluar daripada McDonalds terus menuju ke Danga Bay. Meratapi nasib dirinya.

"pada siapa harus aku adu? mak? ayah? mereka tak akan dapat terima. Aku taknak lukakan hati mereka. Sungguh terasa pedih dalam hati ni. Aku tak sanggup tanggung seorang" rintihan Muaz tatkala merenung jauh ke Kota Singa.